Kita selalu dengar tentang penyakit Tibi (TB), tapi setakat mana kita tahu tentang TB?
Penyakit biasa-biasa atau serius?
TB atau bahasa saintifiknya Tuberculosis, dikenali sebagai batuk kering. Ya, TB adalah penyakit batuk kering. TB sangat bahaya, mudah berjangkit dan jika dibiarkan boleh membawa maut. Fuh, memang bahaya!
Punca dan Cara TB Berjangkit
TB berpunca dari sejenis kuman TB (Tubercle Bacili) yang boleh menjangkiti paru-paru, tulang, buah pinggang, kelenjar, kulit dan selaput otak.
Cara jangkitan pula adalah melalui kuman TB itu sendiri yang tersebar melalui udara. Sama ada melalui pesakit TB yang batuk atau bersin atau menyedut udara tercemar dan terdedah dengan kuman TB.
Pesakit TB yang lambat mendapatkan rawatan merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada peningkatan penyakit TB di negara kita.
Faktor lain yang menyumbang kepada penyakit TB pula adalah dari pendatang asing yang masuk tanpa melalui saringan kesihatan. Kalau kita selalu ke pasar malam atau tempat-tempat yang dipenuhi pendatang asing, lebih baik kita berhati-hati.
Siapa yang Berisiko Mendapat Penyakit TB
Semua orang tidak kira umur, berisiko mendapat penyakit TB jika terdedah dengan faktor dan cara jangkitan di atas. Orang yang mempunyai sistem imun (sistem pertahanan badan) yang lemah, kuman TB akan aktif dan mudah membiak.
Orang yang mempunyai sistem imun yang kuat tidak terkecuali, kuman TB masih ada di dalam badan, cuma ia tak dapat aktif.
Tanda dan Gejala Penyakit TB
📌 Batuk berterusan sehingga 2 minggu.
📌 Kahak mengandungi darah.
📌 Menggigil
📌 Demam berpeluh waktu petang dan malam
📌 Susut berat badan
📌 Hilang selera makan
📌 Sakit dada apabila batuk/tarik nafas
📌 Lemah dan keletihan
Cara Kesan Penyakit TB dan Rawatan Hospital
Terdapat beberapa kaedah untuk mengesan penyakit TB. Cara pertama adalah melalui pemeriksaan kahak. Kedua melalui pemeriksaan X-Ray dan yang ketiga adalah Mantoux Test (untuk ahli keluarga atau rakan yang rapat dengan pesakit TB).
Rawatan bagi pesakit TB pula memang ketat dan dipantau. Pesakit akan menjalani rawatan selama 6 bulan berturut-turut supaya semua kuman TB di dalam dan luar sel terhapus sepenuhnya.
2 bulan pertama pesakit perlu makan setiap dos ubat disaksikan pegawai kesihatan terlatih. Manakala 4 bulan seterusnya, pesakit perlu ambil ubat 2 kali seminggu di bawah pantauan juga.
TB dan Supplemen Shaklee
Bagaimana suplemen Shaklee dapat mengurangkan gejala TB? Ok, jom tengok apa fungsi setiap suplemen Shaklee yang saya syorkan untuk pesakit TB:
Vivix
Kandungan Resveratol dalam Vivix dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan dan membersihkan salur pernafasan. Resveratol juga mampu mengurangkan pertumbuhan sel tumor di paru-paru. Vivix juga dapat membantu meningkatkan sistem pertahanan badan atau imunisasi tubuh kita.
Nutriferon
Nutriferon fungsinya dapat meningkatkan imunisasi tubuh dengan penghasilan interferon semulajadi di dalam tubuh kita.
Garlic Complex
Garlic Complex dapat meningkatkan imun tubuh yang dapat mengurangkan infeksi paru-paru. Ia bertindak sebagai antibiotik semulajadi.
Omega Guard
Omega 3 yang terkandung di dalam Omega Guard dapat mengurangkan inflamasi atau keradangan. Ia juga dapat membersihkan saluran pernafasan.
BERMINAT?
Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE BINTULU| ♥ ID 1239007 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :012 847 3226
Tiada ulasan:
Catat Ulasan