Banyak yang sedar produk kecantikan dan kesihatan yang berlambak dipasaran sekarang adalah produk repack dan rebrand tapi jarang pembeli nak meneliti bahan2 yang ada dalam produk tersebut samada bahan yang digunakan adalah lulus KKM atau tidak.
Bagi sesetengah pengasas produk repack dan rebrand pun kadang2 tiada ilmu tentang produk yang mereka pasarkan sebab mereka hanya memikirkan keuntungan semata2. Bila KKM buat serbuan dan produk terbukti mengandungi bahan2 terlarang, maka mereka akan buat press conference cakap ada pihak yang cuba sabotaj perniagaan mereka atau mereka tidak tahu menahu tentang kehadiran bahan berbahaya tersebut. Bagaimana anda jadi pengasas produk jika anda sendiri tidak tahu bahan yang digunakan didalam produk anda sendiri?
Bukankah sepatutnya perbincangan sudah dilakukan bersama pihak pengilang sebelum anda menjenamakan produk tersebut ATAU anda buat endah tak endah sebab kekurangan ilmu. Ada duit bukan tiket anda untuk menjadikan pengguna sebagai hasil tuaian anda tanpa mengira kesihatan atau nyawa mereka.
Pengguna pula mestilah menjadi pembeli bijak dari segi ilmu produk. Jangan bergantung 100% kepada testimoni tanpa merujuk bahan2 yang ada di dalam produk tersebut. Sila lakukan ulangkaji sebelum membeli sesuatu produk repack dan rebrand ni. Yang menjadi taruhan adalah nyawa anda bukan nyawa penjual atau pengasas tersebut.
Salah satu produk repack dan rebrand yang paling hangat di pasaran adalah produk pengurusan badan. Ada yang dapat menurunkan badan sehingga 10 kg seminggu. Tidak kah anda sebagai pengguna risau tentang bahan yang digunakan sehingga begitu drastik penurunan berat badan hanya dalam masa seminggu.
Tetapi majority pengguna yang ada suka dengan keadaan atau testimoni drastik sebegitu lebih2 lagi mereka yang di dalam keadaan terdesak untuk kurus dan sanggup melakukan apa saja untuk menurunkan berat badan mereka.
Ingin saya ingatkan bahawa sesetengah produk repack dan rebrand untuk pengurusan badan sering menggunakan 1 bahan yang terlarang iaitu sibutramine. Sibutramine adalah dadah terkawal dan hanya boleh diberikan oleh doktor setelah beberapa ujian dilakukan kepada pesakit supaya tidak berlaku komplikasi di kemudian hari. Penjualan sibutramine secara berleluasa bertopengkan produk repack dan rebrand adalah sangat sangat merbahaya.
Tahukah anda bahawa pengambilan sibutramine pada sesetengah individu boleh menyebabkan anda berasa sesak nafas, sukar tidur, degupan jantung tidak teratur dan komplikasi kesihatan yang lain.
Bukan sahaja produk pengurusan badan, tetapi ada sesetengah produk repack dan rebrand untuk kecantikan dan masalah kesihatan yang lain yang ada dipasaran juga harus diambil dengan berhati2 dan berilmu.
Sekiranya anda sedang menggunakan produk repack dan rebrand, haruslah sentiasa membuat pemantauan keatas kesihatan diri sendiri. Jika berlaku sebarang keganjilan yang berlaku pada kesihatan anda setelah mengambil produk repack and rebrand, segeralah membuat lawatan ke doktor sebagai pengesahan.
Mencegah adalah lebih baik dari merawat.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan