Isnin, 14 November 2016

PENGASAS SHAKLEE

Tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia siapa yang tahu. Itulah pepatah yang sesuai diberikan kepada pakar pemakanan dan ahli perniagaan ini yang kini mempunyai empire perniagaan makanan tambahan yang bernilai jutaan dollar semenjak iyanya ditubuhkan.

27 November 1894, lahirlah seorang bayi lelaki hasil perkahwinan antara Robert Lenz Shaklee dan Martha Jane Overton Shaklee yang diberikan nama Forrest Clell Shaklee. Beliau adalah anak kedua daripada 3 orang adik beradik iaitu Ralph, abang sulong dan Cecily, satu2nya anak perempuan dalam keluarga itu.

Seperti ibu bapa yang lain, kelahiran seseorang anak itu adalah penyeri rumahtangga tetapi malangnya kelahiran beliau bersalut kesedihan kepadan pasangan peladang itu apabila beliau disahkan mempunyai penyakit TB. Lebih menyedihkan lagi hati kedua orang tuanya apabila doktor2 mengesahkan bahawa hayat beliau tidak panjang.

Namun siapalah kita untuk melawan takdir Allah kerana hanya Allah adalah sebaik2 perancang termasuklah urusan ajal hambanya.

Ketika berusia 2 tahun, mereka berpindah dari Carlisle, kawasan perlombongan arang batu yang mempunyai persekitaran yang tidak sihat untuk membesarkan beliau ke kawasan pedalaman Moorland berhampiran Fort Dodge di mana udara di sana lebih bersih dan mempunyai persekitaran yang lebih sihat untuk membesarkan anak2 mereka terutamanya Forrest.

Walaupun belum sihat sepenuhnya, beliau tidak hanya berdiam diri di rumah tetapi sebaliknya masa terluang beliau dipenuhi dengan pemerhatian dan berpikir tentang alam semulajadi. Beliau juga belajar mengenai herba dan rawatan menggunakan hasil alam kerana beliau membantu ibunya.

Di sepanjang zaman remajanya, tahap kesihatan beliau semakin pulih sehinggakan beliau sudah boleh mengangkat kakinya sebagai satu bentuk senaman hariannya. Kehidupan beliau sudah setara remaja seusianya dalam aktiviti hariannya seperti bermain violin dan berbasikal. Selain melakukan aktiviti fizikal untuk kesihatan, beliau juga mengamalkan pemakanan sihat seperti mengelakkan pengambilan tepung putih yang diproses, pengambilan gula dan garam yang berlebihan demi kesihatan yang optimum.

Demi keluar dari kepompong kemiskinan dan untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka sekeluarga, beliau telah menyambung pelajarannya ke Kolej Palmer dalam bidang Chiropractic di Davenport di mana beliau bertemu dengan jodohnya, Ruth Chapin.

Selepas menamatkan Kolej pada June 1915, beliau telah mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini teman wanitanya di Kolej pada December tahun yang sama. Perkahwinan mereka dikurniakan 2 cahaya mata; Forrest Clell Shaklee Jr (11 Nov 1917) dan Raleigh (2 Dec 1921).

Rezeki perkahwinan dan anak2 telah menyebabkan beliau mengambil keputusan untuk berpindah ke Rockwell City dan membeli sebuah klinik Chiropractic dari bekas doktor yang pernah merawat beliau satu ketika dulu. Bertitik tolak dari ini, beliau telah menambahkan ilmu pengetahuannya di dalam bidang pemakanan dan vitamin. Perniagaan klinik beliau berjalan dengan lancar dan semakin maju serta semakin dikenali oleh penduduk di sekitar kawasan kejiranan mereka.

Pada usia 24 tahun, beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan kliniknya. Bermula dengan kliniknya yang pertama pada tahun 1918 sehinggalah tahun 1931, beliau telah mempunyai beberapa cawangan klinik yang dikenali ramai.

Namun langit tidak selamanya cerah, perang dunia kedua menyaksikan perpisahan ahli keluarga ini apabila kedua2 puteranya telah memasuki tentera untuk berkhidmat kepada negara. Dalam masa yang sama, keperitan hidup beliau semakin parah apabila separuh nyawanya pergi selama2nya di dalam satu kemalangan jalan raya yang ngeri apabila isterinya dilanggar oleh sebuah kereta ketika cuba melintasi jalan raya pada musim luruh tahun 1941.

Setiap kejadian ada hikmahnya. Itulah yang berlaku kepada beliau. Selepas kehilangan isterinya, beliau menjadikan dirinya bersemangat semula untuk meneruskan kehidupan ini sehingglah berjaya menubuhkan Shaklee Corporation pada 1 April 1956 bersama kedua2 puteranya dengan hanya berbekalkan $18,000 sebagai modal permulaan. Bermula tika itu, perniagaan mereka di dalam bidang pemakanan tambahan dan vitamin ini semakin berkembang dan terkenal di seluruh dunia sehingga saat ini.

Forrest C. Shaklee menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat serangan jantung pada 15 December 1985 di usia 91 tahun.

Berdasarkan kisah hidup beliau, dapatlah disimpulkan bahawa kehidupan ini bisa di ubah sesuai keinginan dan keyakinan kita seperti firman Allah;

"SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM KECUALI KAUM ITU SENDIRI YANG MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI MEREKA" - QS 13:11

Jadikanlah cerita ini sebagai panduan dan iktibar kita untuk mengubah nasib kita dan generasi yang akan datang di dalam dunia yang semakin mencabar dan penuh pancaroba ini. Yang penting DOA, USAHA & TAWAKAL. Selebihnya kita serahkan pada Allah.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan