Fakta Asas Kanser
Kanser adalah penyakit
yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal
atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun
berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius
dan kematian.
Sel Normal Di Dalam Badan
Tubuh kita terdiri daripada trilion
sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel
baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan
seseorang, sel-sel normal berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka
membesar. Setelah seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya
untuk menggantikan sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.
Bagaimana Kanser Bermula
Kanser bermula apabila sel-sel di
bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah
berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus
berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga
boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal
tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain
adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.
Ini berlaku disebabkan sistem
pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan
memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan
kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun
yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas
sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang
lebih tinggi.
Masalahnya adalah semakin hari
semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang
melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan
dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu
meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita
daripada kanser.
"Untuk membolehkan kanser
bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda.
Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr.
John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara,
Amerika.
Bagaimana Sel Kanser Merebak
Sel kanser sering berjalan ke
bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk
tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau
saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.
Jenis Kanser
Kanser menyumbangkan satu perempat
daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser
prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon
atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser
kulit dan leukemia.
Penyakit ini akan dinamakan mengikut
di mana ia bermula. Sebagai contoh, yang bermula di kolon akan dikenali sebagai
kanser kolon. Jika ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon
metastatik, bukan kanser hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati
akan sama dengan yang terdapat di dalam kolon.
Tumor yang Bukan Kanser
Tumor adalah satu ketulan yang tidak
normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser.
Tumor yang bukan kanser dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan
masalah - ia boleh tumbuh dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu
yang sihat. Tetapi ia tidak boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh
menyerang, ia juga tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis
ini jarang mengancam nyawa.
Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser
Terdapat beberapa jenis rawatan,
ubat atau penawar untuk kanser. Ketahui bagaimana ia bertindak dan mengapa ia
digunakan, dan dapatkan maklumat apa yang boleh diharapkan daripadanya dan
bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada anda jika anda mendapatkannya.
Pembedahan - Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis,
merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya
mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi
merebak ke bahagian badan yang lain.
Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau
dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan
kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu
kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan
daripadanya.
Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah
bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel
rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada
secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.
Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam
sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru.
Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum
sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.
Imunoterapi - Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan
bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti
kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk
bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau
memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun
terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.
Sumber: Persatuan Kanser Amerika
Bebas kanser secara semulajadi melalui pengambilan makanan tambahan VIVIX Shaklee.
BERMINAT?
Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE BINTULU| ♥ ID 1239007 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :012 847 3226
Tiada ulasan:
Catat Ulasan