As Salam dan salam sejahtera.
Hari pertama tahun 2017 ni aku share kat korang masalah kegemukan yang sudah menjadi stigma masa sekarang. Lagipun mesti yang ada azam tahun baru ni yang nak kuruskan badan kan. Jom baca artikel aku kat bawah ni.
Sharing ni dalam bentuk ilmiah sikit. So standby le kudapan supaya tak mengantuk membacanya 😂😂😂
Kegemukan atau obesiti adalah suatu keadaan perubatan berupa kelebihan lemak tubuh yang terkumpul sedemikian rupa sehingga menimbulkan kesan buruk bagi kesihatan, yang kemudian menurunkan harapan hidup dan / atau meningkatkan masalah kesihatan.
Seseorang dianggap menderita obesiti (obese) bila indeks body mass index (BMI), iaitu ukuran yang diperoleh dari hasil pembagian berat badan dalam kilogram dengan kuasa dua tinggi badan dalam meter, lebih daripada 30 kg / m2.
Kegemukan meningkatkan peluang terjadinya berbagai macam penyakit, khususnya penyakit jantung, diabetes jenis 2, apnea tidur obstruktif, kanser tertentu, osteoartritis, asma dan kesukaran untuk hamil. Kegemukan sangat sering disebabkan oleh kombinasi antara pengambilan tenaga makanan yang berlebihan, kurangnya aktiviti fizikal, dan kelemahan genetik, walaupun sebahagian kecil kes terutamanya disebabkan oleh gen, gangguan endokrin, ubat-ubatan atau penyakit psikiatri.
Hanya sedikit bukti yang menyokong pandangan bahawa orang yang gemuk makan sedikit tetapi berat badannya bertambah kerana metabolisme tubuh yang lambat; rata-rata orang gemuk mengeluarkan tenaga yang lebih besar berbanding orang yang kurus kerana diperlukan tenaga untuk manjaga massa tubuh yang lebih besar.
Tetapan diet dan aktiviti fizikal masih menjadi tata laksana utama kegemukan. Kualiti pengambilan boleh diperbaiki dengan mengurangkan pengambilan makanan padat tenaga contohnya makanan yang tinggi lemak dan gula, serta dengan meningkatkan pengambilan serat. Ubat-ubatan anti-obesiti boleh digunakan untuk mengurangkan selera makan atau menghalang penyerapan lemak, disertai dengan pengambilan diet yang tepat.
Apabila diet, sukan, dan ubat-ubatan tidak berkesan, maka belon lambung dapat membantu mengurangkan berat badan, atau operasi boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar lambung dan / atau panjang usus sehingga dapat memberikan rasa kenyang yang lebih awal dan menurunkan kemampuan penyerapan nutrisi dari makanan.
Kegemukan adalah penyebab kematian yang boleh dicegah paling utama di dunia, dengan kelaziman pada orang dewasa dan kanak-kanak yang semakin meningkat, sehingga pihak berkuasa menganggap obesiti sebagai salah satu masalah kesihatan masyarakat yang serius pada abad 21. Kegemukan umumnya merupakan stigma di dunia moden (khususnya di Dunia barat), walaupun pada suatu masa dalam sejarah, kegemukan secara meluas dianggap sebagai simbol kekayaan dan kesuburan, dan masih dianggap demikian di beberapa bahagian di dunia hingga sekarang.
Kalau siapa2 yang ada azam tahun baru nak kuruskan badan, jom cuba SET KURUS SHAKLEE. Aku akan bimbing korang sampai korang achieve target korang.
BERMINAT?
Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE BINTULU| ♥ ID 1239007 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :012 847 3226
Tiada ulasan:
Catat Ulasan